SHAH ALAM: Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Irawadi Mohammad, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya, Norzi Ayu Md Noor, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa, menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati tertuduh yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, gagal membuktikan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Irawadi, 28, graduan jurusan Ekonomi dan Perniagaan, dituduh membunuh Norzi Ayu, 27, di rumah sewa mangsa di No 2-1-6 Blok ST12, Pangsapuri Sri Tanjung, Jalan 7/1D, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, di antara jam 3.30 petang dan 5 petang pada 26 Julai 2004.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada Oktober 2005, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Roslan Abu Bakar memanggil 18 saksi, manakala pihak pembelaan yang diwakili peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid mengemukakan seorang saksi.

Ahli keluarga Irawadi segera mengerumuninya selepas prosiding selesai, manakala tertuduh kelihatan sebak ketika dibawa semula ke lokap mahkamah.

Dalam penghakimannya, Mohd Yazid berkata, mahkamah mendapati pembelaan hanya menumpukan satu isu, iaitu tertuduh tidak mempunyai niat untuk membunuh Norzi Ayu - seorang pegawai penyelidik di Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia, Kuala Lumpur.

"Tertuduh memberi keterangan bahawa dia tertikam si mati ketika si mati cuba menghalang tertuduh keluar (dari bilik) untuk bertemu SP4 (saksi pendakwaan keempat), pengawal keselamatan di UKM, Azman Mat Zain, 37. Keterangan tertuduh jelas bercanggah dengan keterangan saksi," katanya.

Beliau berkata, tingkah laku tertuduh melarikan diri dengan pisau yang telah menikam mangsa jelas menunjukkan dia ada niat membunuh mangsa.

Mohd Yazid juga berkata, ada enam perkara dibangkitkan dalam kes pendakwaan yang tidak disangkal di peringkat pembelaan.

"Mahkamah mendapati berdasarkan keterangan saksi keempat, hubungan tertuduh dan mangsa tidak baik beberapa bulan sebelum kejadian dan mangsa juga ada memberitahu saksi keempat bahawa dia sudah mempunyai kekasih lain dan akan bertunang, jelas tidak dicabar oleh peguam bela tertuduh," katanya.

Selain itu, katanya, keterangan Azman yang juga guru silat mangsa bahawa dia memasuki bilik Norzi Ayu dan mendapati tertuduh sedang merangkul mangsa dengan tangannya memegang pisau, tidak disangkal pada peringkat pembelaan.

"Keterangan saksi sama yang dia mengetuk pintu rumah mangsa selama setengah jam, juga tidak disangkal pembelaan," katanya.

Beliau berkata, pembelaan turut tidak menyangkal keterangan Azman bahawa selepas berlaku pertelingkahan selama setengah jam, Norzi Ayu dapat melepaskan diri dan masuk ke biliknya dengan diikuti tertuduh.

"Selepas masuk ke dalam bilik, tertuduh berada dalam bilik bersama mangsa dalam tempoh lima hingga 10 minit, juga tidak dipertikaikan.

"Dalam tempoh lima hingga 10 minit apabila SP4 menemui kunci, buka pintu dan nampak tertuduh terlentang dengan pisau berlumuran darah serta si mati terbaring di atas katil dalam keadaan tertiarap juga tidak dipertikaikan pembelaan," katanya.

Mohd Yazid berkata, beliau turut meneliti keterangan saksi ke-16 pendakwaan, iaitu Pakar Perunding Patologi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Khairul Azman Ibrahim, yang mengesahkan mangsa mengalami lima kecederaan termasuk di pembuluh darah utama di tengah abdomen.

"Kesan kecederaan ini, luka bocor yang agak berat, iaitu 1.5 sentimeter (sm) dengan kedalaman enam sm. Mengikut keterangan ahli patologi, kematian itu disebabkan luka dalaman yang (terhasil) dengan menggunakan satu senjata panjang yang sampai ke tempat luka," katanya.

Mohd Yazid berkata, berdasarkan kesan luka dan kesan lebam pudar pada beberapa bahagian tubuh Norzi Ayu, beliau menolak keterangan tertuduh bahawa dia tercucuk mangsa ketika bergelut. - Berita Harian

IPOH 12 Nov. — Seorang lelaki dilapor hilang, manakala dua anaknya terselamat apabila sampan yang mereka naiki terbalik ketika memancing di Sungai Perak, Jalan Maharajalela, Teluk Intan, 100 km dari sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata lelaki yang hilang itu berusia 58 tahun, manakala dua anaknya ialah Ong Kean Teck, 30, dan Ong Kean Soon, 32.

Kesemua mereka berasal dari Kuala Lumpur. Goh berkata kejadian dilapor belaku pada pukul 6.45 petang membabitkan tiga beranak itu yang datang ke Teluk Intan dan menyewa sebuah sampan untuk memancing di Sungai Perak.

Semasa mereka berada di tengah sungai itu, angin kencang dan ombak besar yang datang secara tiba-tiba menyebabkan sampan yang dinaiki mereka terbalik, katanya ketika dihubungi hari ini. — Bernama

KUANTAN 11 Nov. — Dua penyamun dipercayai warga Indonesia bertempiaran lari selepas diacu senapang patah oleh seorang warga emas yang berjaya melepaskan diri selepas diikat dengan tali dalam satu rompakan di Kampung Kempadang dekat sini pagi semalam.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata dalam kejadian 4.30 pagi itu, dua penyamun yang bersenjatakan parang memecah masuk rumah warga emas itu dan mengikat mangsa yang berusia 67 tahun dan isterinya yang berusia 60 tahun serta seorang anak perempuan mereka yang kurang upaya (OKU) dengan tali.

"Isteri mangsa berjaya melepaskan ikatan itu sebelum membuka ikatan suaminya. Suaminya itu kemudian sempat mengambil senapang patah yang tidak berpeluru sebelum mengacukannya kepada kedua-dua penyamun berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama

HANOVER: Penjaga gol antarabangsa Jerman, Robert Enke terbunuh selepas dikatakan melintas ketika kereta api sedang memecut, semalam.

"Dia terbunuh ketika melintas di lintasan Neustadt am Rubenberge," menurut jurucakap polis Martina Stern.

"Dia melonjakkan badannya di bawah kereta ketika sedang bergerak dan maut di tempat kejadian. Ia adalah satu cubaan bunuh diri," katanya.

Rakan rapat Enke, Jorg Neblung, yang juga penasihat kepada penjaga gol itu juga mengesahkan bahawa Enke membunuh diri.

"Robert bertindak mengakhiri nyawanya pada jam 6 petang," katanya.

Satu sidang akhbar di Hannover lewat hari ini dijangka mendedahkan lagi kejadian membabitkan penjaga gol yang kini mempunyai enam cap permainan untuk Jerman.

Berusia 32 tahun, Enke juga bermain untuk Hannover 96. Dia meninggalkan isteri dan seorang anak angkat perempuan berusia lapan bulan yang diambil Mei lalu - tiga tahun selepas kematian anak perempuannya berusia dua tahun kerana sakit jantung.

Enke dikeluarkan daripada skuad Jerman dua hari sebelum pasukan itu mencatat kemenangan 4-0 terhadap Azerbaijan pada kelayakan Piala Dunia, awal September lalu.

Bagaimanapun, dia kembali bersama skuad kebangsaaan dan berlatih sejak bulan lalu. - AFP

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Hawthorn, Melbourne dibelasah hingga pengsan sebelum dilarikan dan ditinggalkan di sebuah rumah kosong dengan kedua-dua tangannya diikat menggunakan kawat duri dalam kejadian samun berhampiran rumah sewanya, kelmarin.


Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Wan Hana Syafiqah Modin (gambar), 19, pelajar tahun pertama Sains Kesihatan Sosial di Swinburne University of Technology (SUT), dikatakan berjalan berseorangan ke kampusnya apabila dihampiri seorang lelaki sambil mengacukan senjata tajam dari belakang.

Mangsa dari Taman Setiawangsa di sini, kemudian dipaksa memasuki sebuah kereta yang dinaiki tiga penjenayah lain, dan dipukul hingga pengsan.

Difahamkan, penjenayah terbabit meninggalkan Wan Hana Syafiqah di rumah kosong berkenaan sebelum melarikan diri bersama wang tunai A$260 (RM826.80) yang dibawa mangsa untuk membeli buku rujukan di kampusnya. Bagaimanapun, barangan peribadi mangsa termasuk telefon bimbit tidak diambil.

Mangsa yang sedar tidak lama selepas itu, diselamatkan orang ramai selepas menemuinya berlari dalam keadaan tangan terikat dan berlumuran darah berhampiran sebuah kafe tidak jauh dari rumah kosong itu.

Ibunya, Engku Rahilah Engku Mahmud, 52, berkata anak keduanya, Wan Iylia Raihan Modin, 24, yang turut menuntut di universiti sama, memaklumkan mengenai kejadian yang menimpa adik bongsunya itu, malam kelmarin.

"Iylia yang menemani Hana menjalani rawatan di Hospital Royal Melbourne memberitahu keadaan adiknya lemah dan cedera di kepala akibat hentakan kuat, selain luka pada tangan dan mempunyai kesan jerut di leher, tetapi keadaannya stabil. Saya meminta untuk bercakap dengan Hana tetapi yang kedengaran cuma tangisannya.

"Saya diberitahu dia juga masih trauma. Kejadian ini cukup mengejutkan kerana kedua-dua anak saya itu dijangka pulang ke tanah air pada 17 November ini sempena cuti semester," katanya ketika dihubungi, semalam.

Rahilah dan suaminya dijangka berlepas ke Melbourne sebelum hujung minggu ini untuk melawat kedua-dua anak mereka.

Hana yang melanjutkan pengajiannya ke Australia, Disember lalu, dikatakan pelajar cemerlang dan berada dalam kelompok 10 pelajar terbaik universiti itu berdasarkan keputusan peperiksaan prakursusnya.

Difahamkan, polis Australia masih menyiasat kes itu dan penjenayah terbabit dipercayai warga Asia berdasarkan slanga bahasa Inggeris mereka.

Polis juga dikatakan mengadakan sekatan jalan raya di sekitar universiti itu, termasuk kawasan berhampiran rumah sewa mangsa bagi memburu penjenayah terbabit.

Wisma Putra ketika dihubungi pula memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan lengkap dari pihak kedutaan, termasuk Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Canberra berhubung kejadian berkenaan. - Berita Harian

KUALA LUMPUR 8 Nov. — Seorang lelaki warga Vietnam mati akibat tertikam pisau secara tidak sengaja oleh rakan sebiliknya di Taman Prima, Selayang, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 2 pagi apabila mangsa, Nong Viet Dan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan didakwa cuba memotong kaki rakan sebiliknya.

Rakan sebiliknya, Duong Van Huong, yang sedang tidur ketika itu terbangun dan terkejut apabila melihat rakannya itu sedang cuba memotong kakinya (Duong) dengan pisau.

Berikutan itu, Duong cuba mempertahankan dirinya dengan menolak pisau itu daripada tangan Nong dan secara tidak sengaja senjata itu tertusuk ke dada mangsa, kata Abdul Rahim.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun mati tujuh jam kemudian.

Polis menahan Duong untuk siasatan dan merampas senjata itu. - Bernama

PETALING JAYA: Seorang juruteknik dihukum penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam, atas dua tuduhan merogol remaja berusia 15 tahun, 10 hari sebelum bernikah dengan ibu remaja berkenaan, lima tahun lalu.

Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi tuduhan pertama manakala tuduhan kedua pula enam tahun ke atas Hamdan Ahadluddin, 49.


Bagaimanapun hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap 7 Februari 2005, iaitu 10 tahun saja.

Dalam keputusannya, mahkamah mendapati Hamdan yang membela diri sendiri gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

"Tertuduh menafikan berada di tempat kejadian dengan mengatakan dirinya berada di tempat kerja, tetapi melalui keterangan saksi utama iaitu mangsa dan ibunya, mahkamah mendapati bukti berkenaan sebagai hanya penafiannya semata-mata.

"Pengecaman yang dilakukan oleh mangsa serta keterangannya mengenai kesan koyak pada selaput daranya adalah konsisten dan disahkan pakar perubatan," katanya.

Hamdan dituduh cuba merogol mangsa ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Lembah Subang, kira-kira jam 2 petang, pada November 2004 manakala tuduhan kedua, dia merogol mangsa di lokasi sama seminggu sebelum Aidiladha, jam 2 petang 21 Januari 2005.

Hamdan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shah Rizal Abdul Manan memohon mahkamah memberi hukuman berat terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat.

"Tertuduh sebagai bakal bapa tiri kepada mangsa dan akan berkahwin dengan ibu mangsa 10 hari sebelum kejadian terbabit seharusnya tidak mengambil kesempatan dengan memusnahkan hidup remaja berkenaan," katanya.

Tertuduh yang juga duda tiga anak dalam rayuannya pula memberitahu mahkamah bahawa dia sudah insaf dan memohon mahkamah memberikannya peluang untuk membina keluarga serta menjadi warga negara yang berjasa kepada agama, bangsa dan masyarakat.

Rozina selepas membacakan keputusannya turut menasihatkan tertuduh supaya mengotakan janjinya kepada mahkamah untuk menjadi manusia berguna selepas menjalani hukuman nanti.

"Saya melihat kelakuan kamu sepanjang prosiding dalam mahkamah sebagai profesional ketika membela diri sendiri dan berpotensi menjadi seorang peguam," katanya. - Berita Harian

KUALA LUMPUR: Jaguh bina badan negara, Sazali Samad menambah koleksi kejuaraan dunianya apabila muncul juara kategori Bantamweight pada kejohanan bina badan Persekutuan Bina Badan dan Sukan Tubuh Dunia (WBPF) kali pertama di Dubai, Emiriah Arab Bersatu yang berakhir hari ini.

Sazali mengetepikan empat pencabar utama -- Alaa Hlail Mohsin (Iraq), Somkhit Sumelhowetchakun (Thailand), Nguyen Van Lam (Vietnam) dan Milef Ahmed Alghamdf (Arab Saudi).

Beliau pernah memenangi gelaran Mr Universe pada kejohanan dunia di Melaka (2000), Moscow (2004) dan Ostrava, Czech Republic (2006), kesemuanya dalam kategori Bantamweight, serta di Jeju Island, Korea Selatan (2007) bagi kategori Lightweight.


Sementara itu, Buda Anak Ancang, yang membuat penampilan kali pertama, menduduki tempat keempat kategori Flyweight dalam saingan membabitkan lima peserta dengan peserta-peserta lain adalah Pongkan Jiraphan (Thailand), Yousif Ahmed Hasan (Iraq), Mohamad Azli Jumat (Brunei Darussalam) dan Heydari Mahdi (Iran).

Setiausaha Kehormat Persekutuan Bina Badan Malaysia, Lt Komander Kamaruzaman Kadir berkata kemenangan Sazali sudah diduga tetapi bagi Buda, ia jelas satu kejutan.

" Pencapaian Buda sangat membanggakan berikutan ini pertandingan pertama beliau dalam kategori itu. Pencapaian cemerlang ini adalah hasil kerja keras selama beberapa bulan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Dubai hari ini.

Kontinjen Malaysia seramai enam anggota ke Kejohanan WBPF yang bermula 3 November diketuai Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia, Datuk Wira Gan Boon Leong.

Selain Sazali dan Buda, dua lagi atlit bina badan negara bersaing dalam kejohanan itu iaitu Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah (Light Weight) dan Othman Yahya (Light Heavyweight). - Bernama

Pembaca Setia

BlogLog Saya

Peminat Ape Menarik Hari Ini di Facebook

Tag

berita terkini berita sensasi berita menarik berita muktahir berita baru berita gempar berita negara berita malaysia berita antarabangsa berita lawak berita jenaka berita sedih berita bencana berita serantau berita asean berita dalam negara berita dalam negeri berita luar negara berita seberang berita hari ini berita sukan berita hiburan berita wilayah berita bisnes berita automobil berita teknologi berita kesihatan berita politik berita cerita lucu cerita lawak jenaka foto lucu foto lawak berita lucah cerita lucah gambar seksi gambar lucah

Pembuka Bicara

Selamat datang ke Ape Menarik Hari Ini.

Web ini ditubuhkan pada 9 Oktober 2009 dengan membincangkan isu-isu semasa di dalam dan luar negara ini serta memberi peluang kepada rakan-rakan blogger di luar sana berkongsi idea dan pendapat masing-masing. Selain itu juga, web ini memberi perkhidmatan pengiklanan kepada rakai-rakan blogger yang berniaga secara online.
Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali. Semoga terus menyokong Ape Menarik Hari Ini. Sekian, terima kasih. - Admin.

PROMOSI ADMIN AMHI

PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMILIK BANNER DAN IKLAN YANG TERDAPAT DI AMHI.
PROMOSI IKLAN PERCUMA HAMPIR TAMAT (31 OKTOBER 2009). SILA BUAT LANGGANAN BARU. SILA EMAIL ADMIN AMHI DI
plurbuddyskuppy@yahoo.com


:: Sebarang info menarik di kawasan anda yang ingin anda kongsikan di sini, emailkan kepada plurbuddyskuppy@yahoo.com::



Siapakah anda?

Mari Berbual

Iklan Menarik

Kotak Iklan

AMHI Banner